Francais mega Pokémon kini diadaptasi kepada filem aksi hidup pula. Makhluk-makhluk siri tersebut akan muncul di pawagam dalam bentuk imej 3D yang realistik melalui filem Detective Pikachu. Klip treler pertamanya telah dimuat naik oleh Warner Bros. Pictures di laman YouTube mereka:

Melihat paparan video tersebut, filem Detective Pikachu tidak menggunakan watak-watak asal siri Pokémon seperti Ash, Misty dan Team Rocket. Ini mungkin akan sedikit mengecewakan peminat tegar siri tersebut.

Detective Pikachu bermula apabila seorang penyiasat hebat, Harry Goodman dilaporkan hilang. Anak lelaki Harry, Tim mula mencari jawapan kehilangan misteri tersebut. Tanpa disangka teman ayahnya ialah Pikachu yang petah dan cekap dalam kerja penyiasatan. Tambahan pula, hanya Tim seorang sahaja mampu memahami pertuturan detektif Pikachu, menjadikan kisah penyiasatan ini lebih menarik.

Selain Pikachu, filem ini bakal memaparkan banyak lagi makhluk-makhluk Pokémon seperti Charmander, Bulbasaur, Psyduck dan lain-lain serta kuasa mereka. Pastinya membuatkan peminat Pokémon merasa teruja.

Watak Tim dilakonkan Justice Smith, manakala Pikachu disuarakan oleh Ryan Reynolds (Deadpool). Turut serta ialah Watanabe Ken sebagai Lt. Yoshida. Filem ini diarahkan oleh Rob Letterman (Goosebumps) dan akan muncul di pawagam pada 10 Mei 2019.

TINGGALKAN BALASAN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini