Semalam kami kongsikan 10 siri anime menarik yang akan mulakan siaran pada bulan Oktober 2018 ini. Di sini kami senaraikan beberapa lagi kerana jumlah siri yang akan ditayangkan sebenarnya sangat banyak!

Lihat senarai berikut:

Gaikotsu Shotenin Honda-san

Gaikotsu Shotenin Honda-san

Sinopsis: Kisah komedi watak bernama Honda yang merupakan seorang rangka hidup menjalani kehidupan seharian di sebuah kedai buku.
Genre: Komedi, Kehidupan, Alam Ghaib
Pembikinan oleh: Studio DLE
Pengarah: Owl Todoroki
Tarikh mula tayangan: 08 Oktober 2018

 

Hashiri Tsuzukete Yokattatte (Senang Hati Kerana Mampu Terus Berlari)

Hashiri Tsuzukete Yokattatte

Sinopsis: Dua watak utama, Minato dan Chikako saling memberi semangat kepada satu sama lain dalam usaha mereka menjadi pelakon suara anime.
Genre: Drama, Kehidupan
Pembikinan oleh: Studio Signal.MD
Pengarah: Arakawa Masatsugu
Tarikh mula tayangan: 09 Oktober 2018
Jumlah episod: 4

 

Conception

Conception

Sinopsis: Itsuki, seorang pelajar sekolah tinggi dihantar ke dunia misteri Granvania bersama sepupunya Mahiru. Di dunia tersebut, Itsuki ditakdirkan menjadi manusia terpilih untuk mencari 12 gadis yang dipanggil “Perawan Bintang”.
Genre: Aksi, Pengembaraan, Fantasi
Pembikinan oleh: Gonzo
Pengarah: Motonaga Keitarou
Tarikh mula tayangan: 10 Oktober 2018

 

Ore ga Suki nano wa Imouto dakedo Imouto ja Nai

Ore ga Suki nano wa Imouto dakedo Imouto ja Nai

Sinopsis: Nagami Yuu bercita-cita menjadi penulis novel. Namun satu hari, adik perempuannya, Nagami Suzuka berjaya memenangi pertandingan menulis novel. Suzuka meminta Yuu menjadi penulis wakilnya, tetapi novel itu menceritakan kisah adik perempuan yang sukakan abangnya. Alamak.
Genre: Komedi
Pembikinan oleh: Studio NAZ dan Magia Doraglier
Pengarah: Furukawa Hiroyuki
Tarikh mula tayangan: 10 Oktober 2018

 

Karakuri Circus

Karakuri Circus

Sinopsis: Masaru yang mewarisi harta yang banyak daripada mendiang ayahnya mula menjadi sasaran sekumpulan penjahat. Dengan bantuan Narumi dan Shirogane, Masaru berdepan dengan ancaman-ancaman hebat.
Genre: Aksi, Pengembaraan, Misteri
Pembikinan oleh: Studio VOLN
Pengarah: Nishimura Satoshi
Tarikh mula tayangan: 11 Oktober 2018

 

Hangyakusei Million Arthur

Hangyakusei Million Arthur

Sinopsis: Kisah pengembaraan watak-watak Arthur, diadaptasi daripada permainan video oleh Square ENIX.
Genre: Aksi, Fantasi
Pembikinan oleh: Studio J.C. Staff
Pengarah: Suzuki Youhei
Tarikh mula tayangan: 25 Oktober 2018

 

Tsurune: Kazemai Koukou Kyuudoubu

Tsurune - Kazemai Koukou Kyuudoubu

Sinopsis: Menceritakan Minato dan ahli kelab memanah tradisional Jepun, dalam usaha memenangi pertandingan memanah peringkat negeri.
Genre: Sekolah, Sukan
Pembikinan oleh: Kyoto Animation
Pengarah: Yamamura Takuya
Tarikh mula tayangan: 15 Oktober 2018

 

Selain daripada siri-siri baru yang disenaraikan di atas, terdapat juga sambungan siri-siri popular yang memulakan musim baharu dan juga spin-off. Antaranya:

Gakuen Basara (Spin-off siri Sengoku Basara)
Sinopsis: Mengisahkan watak-watak Sengoku Basara sebagai pelajar sekolah tinggi.
Tarikh mula tayangan: 05 Oktober 2018

To Aru Majutsu no Index (Musim ke-3)
Tarikh mula tayangan: 05 Oktober 2018

Gurazeni (Musim ke-2)
Sinopsis: Kisah seorang pembaling besbol profesional yang bermain hanya untuk mendapatkan duit.
Tarikh mula tayangan: 05 Oktober 2018

Gyakuten Saiban: Sono “Shinjitsu”, Igi Ari! (Musim ke-2)
Tarikh mula tayangan: 06 Oktober 2018

Fairy Tail (Musim terakhir)
Tarikh mula tayangan: 07 Oktober 2018

Golden Kamuy (Musim ke-2)
Sinopsis: Sugimoto Saichi merupakan satu-satunya askar yang terselamat meneruskan hidup sebagai penggali lombong. Dia memulakan perancangan mencari longgokan emas yang disorok oleh kumpulan penjenayah setelah mendapat tahu lokasinya.
Tarikh mula tayangan: 08 Oktober 2018

Tokyo Ghoul:re (Musim ke-2)
Tarikh mula tayangan: 09 Oktober 2018

Senran Kagura: Shinovi Master – Tokyo Youma-hen (Musim ke-2)
Tarikh mula tayangan: 13 Oktober 2018

Pastinya ada lagi siri yang tidak tersenarai di sini. Apakah siri yang kami tertinggal tetapi sepatutnya berada dalam senarai di atas? Berikan komen anda di ruang di bawah atau di laman Facebook / Twitter kami.