Selepas kebanyakan siri anime musim luruh (Oktober hingga Disember 2018) tamat, kini tiba masanya siri-siri baharu memulakan tayangan bulan Januari ini.

Di sini kami senaraikan sebahagian siri anime yang bakal mula bulan ini. Semoga senarai berikut boleh membantu anda membuat keputusan untuk memilih siri yang mahu diikuti. Jom mula.

Boogiepop wa Warawanai

Boogiepop wa Warawanai

Sinopsis: Apabila terjadi kehilangan gadis-gadis remaja di Akademi Shinyo, pihak berkuasa menyangkakan ia hanya kes lari dari rumah. Namun, terdapat legenda Boogiepop, dewa kematian yang melepaskan mangsa daripada kesengsaraan, dikatakan benar-benar wujud. Adakah kejadian ini disebabkan Boogiepop, atau sesuatu yang lebih jahat?
Anime ini diadaptasi daripada siri novel ringan Boogiepop, dan merupakan sebahagian daripada siri Boogiepop yang pernah diadaptasi kepada anime pada tahun 2000.
Genre: Psikologi, Misteri, Seram
Pembikinan oleh: Madhouse
Pengarah: Natsume Shingo
Tarikh mula tayangan: 4 Januari 2019

 

Egao no Daika

Egao no Daika

Sinopsis: Sebuah cerita mengenai 2 orang gadis: salah seorang menyelamatkan dunia dengan senyumannya, manakala seorang lagi melindungi dirinya dengan senyuman.
Pandang pertama: https://updated.my/siri-anime-egao-no-daika-pandang-pertama/
Genre: Kehidupan, Tentera, Drama, Fantasi
Pembikinan oleh: Tatsunoko Production
Pengarah: Suzuki Tohimasa
Tarikh mula tayangan: 4 Januari 2019
Episod: 12

 

Dororo

Dororo

Sinopsis: Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang hidup dengan anggota badan palsu. Dia mencari 48 ekor setan untuk menuntut kembali anggota dan organ badannya yang telah diambil oleh mereka.
Siri ini ialah pembikinan semula siri Dororo to Hyakkimaru yang ditayangkan pada tahun 1969.
Genre: Aksi, Pengembaraan
Pembikinan oleh: Tezuka Productions, MAPPA
Pengarah: Furuhashi Kazuhiro
Tarikh mula tayangan: 7 Januari 2019
Episod: Belum dimaklumkan

 

Circlet Princess

Circlet Princess

Sinopsis: Menceritakan sebuah dunia di mana sekolah-sekolah menghantar wakil untuk bertanding di dalam pertarungan di alam maya dipanggil Circle Bout. Sekolah yang menang akan diberikan kekayaan.
Genre: Aksi, Sukan, Sekolah
Pembikinan oleh: Silver Link, Lantis
Pengarah: Tachibana Hideki
Tarikh mula tayangan: 8 Januari 2019
Episod: 12

 

Pastel Memories

Pastel Memories

Sinopsis: Apabila budaya otaku di Akihabara mula menurun, para pekedai di kawasan tersebut bersama watak-watak utama untuk mengembalikan memori otaku kepada pengunjung.
Genre: Aksi, Pengembaraan
Pembikinan oleh: Sentai Filmworks, MAGES
Pengarah: Shinozaki Yasuyuki
Tarikh mula tayangan: 8 Januari 2019
Episod: 12

 

Doukyonin wa Hiza, Tokidoki, Atama no Ue

Doukyonin wa Hiza, Tokidoki, Atama no Ue

Sinopsis: Menceritakan kebahagiaan dari sudut pandangan Mikazuki Subaru, seorang penulis novel yang pemalu dan Haru, seekor kucing liar, tinggal bersama di sebuah rumah.
Genre: Kehidupan, Komedi
Pembikinan oleh: Zero-G
Pengarah: Suzuki Kaoru
Tarikh mula tayangan: 9 Januari 2019
Episod: 12

 

Kakegurui XX

Kakegurui XX

Sinopsis: Musim ke-2 siri anime Kakegurui. Mengisahkan perjudian di sebuah sekolah untuk golongan elit. Baca selanjutnya di https://updated.my/kakegurui-siri-anime-musim-ke-2-akan-disiarkan-dan-disusuli-filem-aksi-hidup/
Genre: Permainan, Misteri
Pembikinan oleh: MAPPA
Pengarah: Matsuda Kiyoshi
Tarikh mula tayangan: 9 Januari 2019

 

Meiji Tokyo Renka

Meiji Tokyo Renka

Sinopsis: Ayazuki Mei merupakan gadis pelajar sekolah yang biasa. Satu hari, semasa bulan mengambang berwarna merah, dia dihantar ke zaman Meiji oleh Charlie, seorang ahli magis. Kemampuan Mei untuk melihat hantu menjadikannya popular dan dikejar lelaki-lelaki berpengaruh di zaman tersebut.
Genre: Romantis, Fantasi
Pembikinan oleh: TMS Entertainment
Tarikh mula tayangan: 9 Januari 2019

 

Revisions

Revisions

Sinopsis: Tojima Daisuke bersama lima orang rakannya mengalami fenomena aneh di mana mereka tiba-tiba muncul di Shibuya 300 tahun akan datang. Mereka diminta untuk menyelamatkan Shibuya daripada raksasa mekanikal dipanggil Revision menggunakan sut mobil “String Puppet”.
Genre: Aksi, Fiksyen Sains, Mecha
Pembikinan oleh: Shirogumi
Pengarah: Taniguchi Gorou
Tarikh mula tayangan: 10 Januari 2019

 

Girly Air Force

Girly Air Force

Sinopsis: Untuk menentang makhluk misteri yang dinamakan Zai, manusia menghasilkan pesawat yang dipanggil “Daughters” dan robot pertarungan “Anima” yang berupa seperti anak gadis.
Genre: Aksi, Fiksyen Sains
Pembikinan oleh: Satelight
Pengarah: Ono Katsumi
Tarikh mula tayangan: 10 Januari 2019

 

Yakusoku no Neverland

Yakusoku no Neverland

Sinopsis: Mungkin siri yang paling dinantikan untuk musim sejuk 2019. Mengisahkan sekumpulan kanak-kanak cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang mereka diami. Info lanjut di https://updated.my/siri-anime-yakusoku-no-neverland-video-teaser-ke-2-telah-dimuat-naik/
Genre:  Seram, Misteri, Aksi
Pembikinan oleh: CloverWorks
Pengarah: Kanbe Mamoru
Tarikh mula tayangan: 11 Januari 2019
Episod: 12

 

Grimms Notes The Animation

Grimms Notes The Animation

Sinopsis: Di sebuah dunia di mana penghuninya dilahirkan dengan takdir masing-masing tertulis di dalam buku, terdapat golongan yang membuat kacau dengan menulis takdir buruk kepada orang lain. Pemegang buku takdir yang kosong perlu mencari dan menetang golongan tadi untuk menyelamatkan dunia.
Genre: Fantasi, Aksi, Magis
Pembikinan oleh: Brain’s Base
Tarikh mula tayangan: 11 Januari 2019

 

Date A Live Ⅲ

Date A Live Ⅲ

Sinopsis: Musim ke-3 siri Date A Live, dan siri terakhir yang dihasilkan oleh studio anime J.C. Staff
Genre: Fiksyen Sains, Harem, Mecha
Pembikinan oleh: J.C. Staff
Pengarah: Motonaga Keitarou
Tarikh mula tayangan: 11 Januari 2019

 

Gotoubun no Hanayome

Gotoubun no Hanayome

Sinopsis: Uesugi Fuutarou yang kesempitan wang terpaksa menjadi guru tuisyen kepada 5 beradik gadis-gadis cantik dan memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan.
Genre: Komedi, Harem, Romantis
Pembikinan oleh: Tezuka Productions
Pengarah: Kuwahara Satoshi
Tarikh mula tayangan: 11 Januari 2019

 

Domestic na Kanojo

Domestic na Kanojo

Sinopsis: Kisah cinta tiga segi di antara Natsuo, Hina dan adiknya Rui. Apabila ibu bapa mereka berkahwin, Natsuo yang menyimpan hati kepada gurunya, Hina menjadi tidak keruan kerana Hina dan adiknya Rui kini menjadi kakak dan adik tirinya.
Genre: Romantis, Drama
Pembikinan oleh: Diomedea
Pengarah: Ibata Shouta
Tarikh mula tayangan: 12 Januari 2019

 

Mahou Shoujo Tokushusen Asuka

Mahou Shoujo Tokushusen Asuka

Sinopsis: Lima gadis magis terpaksa kembali bertarung selepas 3 tahun kerana kemunculan semula makhluk misteri dipanggil Disas.
Genre: Aksi, Magis, Drama
Pembikinan oleh: LIDENFILMS
Pengarah: Yamamoto Hideyo
Tarikh mula tayangan: 12 Januari 2019

 

Kouya no Kotobuki Hikoutai

Kouya no Kotobuki Hikoutai

Sinopsis: Satu lagi siri yang memaparkan sekumpulan gadis memandu pesawat pejuang. Namun keunikannya terletak pada watak-watak yang unik dan penuh aksi lucu.
Genre: Aksi, Komedi, Tentera
Pembikinan oleh: WAO World, GEMBA
Pengarah: Mizushima Tsutomu
Tarikh mula tayangan: 13 Januari 2019

 

Siri anime manakah yang paling menarik perhatian anda? Ada apa-apa siri yang kami tertinggal? Jangan lupa komen.

 

TINGGALKAN BALASAN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini