Pada 9 hingga 11 November yang lalu, Kotakomik dan Metropoint Complex Kajang telah menganjurkan acara Kotakomik Kajang 2.0. Ia adalah kali kedua acara Kotakomik diadakan dan kali pertamanya berlangsung pada tahun 2017. Kedua-dua penganjur juga sudah bercadang untuk mengadakan versi 3.0 pada bulan November tahun 2019.

Menurut Kotakomik:

“Pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam 3 hari KOTAKOMIK KAJANG 2.0. Booth jualan dari syarikat penerbitan ternama dan indie, permainan dan hobi serta aktiviti pentas termasuk cosplay dan Liga permainan papan Empayar jom jelajah aktiviti bersama keluarga dan membeli-belah barangan yang rare dipasaran.”

Sorotan acara Kotakomik Kajang 2.0:

  1. Sembang santai industri animasi Malaysia
    Sesi perkongisan sembang kopi tentang industri animasi di Malaysia bersama Pak Hassan Mutalib,Mahathir Mamat (KDU) dan Encik Pali.
  2. Bicara Komik Serumpun
    Bual bicara industri komik Malaysia dan Indonesia bersama artis komik Indonesia, Beng Rahadian, Wanzu Alwan (Komik-M) dan Taufik (Topek Comic).
  3. Peraduan Character Redesign sempena ulangtahun ke-20 Silat Legenda
  4. Kelas komik
    Disampaikan oleh Furqan Ilahi, Rezarly Musa dan Bophairy dalam sesi berasingan
  5. Demonstrasi secara langsung lukisan komik oleh kartunis Mie
  6. Pertandingan cosplay
  7. Bengkel pembikinan kostum untuk cosplay
  8. Peraduan mewarna kanak-kanak
  9. Gerai oleh penerbit komersil dan indie:
    • PTS & Komik-M
    • Kadokawa Gempak Starz
    • Topek Comics
    • Birat
    • Careertive
    • Animas
    • Pekomik
    • Irfan faiz
    • KomiKaw
    • Komik Puris
    • Daie Kreatif Venture
    • KDU College

Galeri imej acara:

Untuk lebih banyak info acara Kotakomik Kajang 2.0, lawati laman Facebook Kotakomik dan Updated.my!