Filem anime terbaru daripada siri popular Dragon Ball Super bakal membawa wataknya yang terkenal iaitu Broly, Super Saiyan lagenda.

Saksikan klip treler oleh Toei Animation di bawah:

Walaupun watak Broly sudah beberapa kali muncul di dalam filem-filem Dragon Ball Z terdahulu, kemunculannya kali ini membawa kelainan. Terutamanya pada bahagian cerita latar Broly.

Akira Toriyama, pencipta Dragon Ball, disahkan menjadi penyumbang kepada rekaan karakter dan plot filem ini. Menurutnya, filem ini akan menceritakan dengan lebih mendalam kisah silam Broly dan bangsa Saiya.

Melihat daripada klip treler di atas, terdapat sedutan yang menunjukkan sejarah bangsa Saiya seperti imej pod kapal angkasa Saiya yang terhempas dan balang kelahiran mereka.

Bukan itu sahaja, kejadian yang berlaku di dalam filem ini juga bakal diambil kira sebagai jalan cerita sambungan keseluruhan siri utama Dragon Ball. Tidak seperti filem-filem yang memaparkan Broly sebelum ini yang merupakan kisah stand-alone, tidak memberi kesan kepada jalan cerita utama.

Walaubagaimanapun, seperti kami, anda pasti paling teruja dengan aksi-aksi pertarungan sengit yang melibatkan Goku, Vegeta, Broly dan juga Frieza. Tambahan pula, daripada gambar yang tersebar, Vegeta bakal mendapat tingkat Super Saiyan yang baru.

ssg-vegeta
Vegeta versi Super Saiyan God

Filem Dragon Ball Super: Broly bakal ditayangkan di pawagam pada Januari 2019.

TINGGALKAN BALASAN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini