Filem Gakkougurashi! (Tinggal di sekolah) ialah satu lagi adaptasi aksi hidup daripada siri manga dan anime yang bakal muncul. Ia dijadualkan untuk muncul di pawagam di Jepun pada Januari 2019.

Gakkougurashi! mengisahkan 4 orang pelajar yang suka tinggal di sekolah, melakukan aktiviti bersama dengan gembira dan ceria. Namun keseronokan mereka tergendala apabila dunia dilanda serangan zombi.

Gakkougurashi! - Filem Aksi Hidup

Para pelakon yang terlibat dengan filem aksi hidup ini ialah Abe Nanami sebagai Ebisuzawa Kurumi, Nagatsuki Midori sebagai Takeya Yuki, Majima Wakana sebagai Wakasa Yuuri, dan Kiyohara Rio sebagai Naoki Miki. Manakala watak sampingan guru kelas mereka, Sakura Megumi dilakonkan oleh Ono Nonoka. Filem tersebut diarahkan oleh Shibata Issei.

Siri manga Gakkougurashi! ialah hasil karya Kaihou Norimitsu (cerita) dan Chiba Sadoru (lukisan) yang diterbitkan sejak 2012 dan masih berjalan sehingga kini. Terkini ia sudah terkumpul sebanyak 10 jilid.

Manakala siri animenya pula telah ditayangkan sebanyak 12 episod pada tahun 2015.

TINGGALKAN BALASAN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini