Siri anime Yakusoku no Neverland dijadualkan untuk mulakan siaran pada Januari 2019, dan terkini laman web rasminya telah memuat naik 2 video iklan siri tersebut. Tonton di bawah:

Video #1

Video #2

Studio anime CloverWorks bertanggungjawab menghasilkan siri tersebut dengan Kanbe Mamoru sebagai pengarah. Suara watak utama, Emma disampaikan oleh Morohoshi Sumire. Watak Norman disuarakan oleh Uchida Maaya manakala watak Ray oleh Ise Mariya.

Yakusoku no Neverland menceritakan mengenai sekumpulan kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim. Ceritanya bermula apabila Emma dan rakan-rakannya mendapat tahu rahsia gelap rumah anak yatim tersebut dan pengasuh mereka yang dipanggil “Mama”. Anak-anak yatim di rumah tersebut sebenarnya dijaga untuk menjadi korban manusia kepada golongan “demon”.

Karya asal manga Yakusoku no Neverland yang dihasilkan oleh Shirai Kaiu dan Demizu Posuka telah diterbitkan sejak Ogos 2016. Kini siri manga tersebut sudah terkumpul sebanyak 10 buah jilid. Sebelum ini Shirai pernah memaklumkan bahawa cerita manganya kini sudah memasuki fasa akhir.

TINGGALKAN BALASAN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini