Tanpa disangka, Disney mengumumkan filem ke-4 dalam francais Toy Story melalui klip teaser di laman rasmi mereka. Saksikan di bawah:

Tidak banyak yang boleh diketahui daripada video tersebut kecuali satu watak baharu iaitu Forky, sudu/garpu yang dihias menjadi mainan, namun tidak mahu mengaku dirinya sebuah mainan. Plot filem tersebut masih dirahsiakan.

Menurut pencipta siri Toy Story, John Lasseter, filem ke-4 ini bukanlah sekadar bertujuan komersil dan mencari keuntungan. Mereka hanya akan membikin filem seterusnya sekiranya ia mampu menjadi sama taraf atau lebih baik daripada filem-filem sebelumnya.

Filem Toy Story 3 menamatkan kisah Woody dan Buzz bersama Andy dengan sempurna, maka untuk tempoh yang lama,  kami tidak bercakap mengenai filem Toy Story seterusnya. Tetapi apabila Andrew (Stanton), Pete (Docter), Lee (Unkrich) dan saya berbincang idea baharu ini, saya tidak dapat berhenti memikirkannya. Saya begitu teruja dan pasti bahawa filem ini perlu dihasilkan, malahan saya ingin mengarahnya sendiri!

Toy Story 4 dijadualkan muncul di pawagam pada Jun 2019.