Beberapa hari yang lalu, Studio Pierrot telah memuat naik klip teaser pertama siri anime Hero Mask. Siri tersebut dihasilkan secara eksklusif untuk servis penstriman gergasi, Netflix. Ia bakal muncul secara global pada 3 Disember 2018.

Minum, bercakap di telefon, dan mengacu pistol. Tidak banyak yang ditunjukkan di dalam klip di atas. Hero Mask, menurut Studio Pierrot, ialah sebuah cerita asli mengisahkan misteri pembunuhan kejam yang berkaitan dengan sebuah topeng.

Di laman rasminya tertulis: “ Di hadapan James Blood ialah sebuah topeng misteri, dan pemakainya ialah lelaki yang tidak sepatutnya wujud. Apakah misteri yang menyelubungi topeng ini? Maka bermulalah cerita jenayah penuh aksi di sebuah kota yang indah!

Siri Hero Mask ditulis dan diarahkan oleh Hiroyasu Aoki (No Game No Life dan Hunter x Hunter 2011). Ia juga tiada kena mengena dengan siri manga Hero Mask yang ditulis oleh Okabe Takashi.

TINGGALKAN BALASAN

Masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini