Siri anime Tsurune: Kazemai Kōkō Kyūdō-bu (Tsurune) yang sepatutnya memulakan siaran pada 15 Oktober ini, ditangguh seminggu, kepada 22 Oktober 2018. Hal ini diumumkan oleh pihak Kyoto Animation, studio yang menghasilkan siri tersebut, melalui laman sesawang rasmi mereka.

Menurut mereka, penangguhan ini adalah disebabkan beberapa isu organisasi yang berbangkit. Maka siaran Tsurune di saluran NHK terpaksa ditangguh ke minggu selepasnya.

Bagi yang tidak tahu, siri anime Tsurune mengisahkan watak utama, Minato dan ahli kelab memanah tradisional Jepun, mewakili sekolah mereka dalam usaha memenangi pertandingan memanah peringkat negeri.

Untuk video treler dan senarai anime lain yang bakal memulakan tayangan sepanjang Oktober ini, anda boleh baca artikel ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here