Studio CloverWorks yang selama ini merupakan sebahagian daripada A1 Pictures, semalam mengumumkan ia telah menjadi sebuah syarikat tersendiri. Namun begitu, ia kekal di bawah kumpulan Aniplex sama seperti A1 Pictures.
Menurut mereka, perpisahan tersebut membolehkan mereka menyumbang lebih kepada sistem pembikinan dan ciri-ciri baharu dalam pembentukan pasaran anime masa hadapan.
CloverWorks, yang ditukar namanya daripada Kōenji Studio pada April yang lalu, mendapat dana peruntukan sebanyak 100 juta yen (~RM3.64 juta) daripada Aniplex untuk membentuk CloverWorks Co., Ltd. Ianya menjadi 100% milikan Aniplex, dan penerbit Shimizu Akira akan memegang jawatan presiden syarikat baharu itu.
Akan datang bulan ini, siri anime yang dibikin oleh CloverWorks termasuk Fairy Tail, Gyakuten Saiban (Musim ke-2) dan Seishun Buta Yarou wa Bunny Girl Senpai no Yume wo Minai.