Mangaka siri terkenal Gintama baru-baru ini mengumumkan bahawa siri tersebut bakal tamat tidak lama lagi. Sorachi Hideaki menyampaikan mesej itu melalui nota pengarang di dalam jilid ke-74 manga tersebut.
Hideaki Sorachi’s comments in Gintama Volume 74 confirming “It will end this year.” pic.twitter.com/3XFcGJkMWl
— YonkouProductions (@YonkouProd) August 2, 2018
Walaupun telah beberapa kali menyatakan bahawa siri Gintama bakal berakhir, kali ini nampaknya beliau pasti ianya akan tamat dalam masa terdekat.
[Kemas kini 20 Ogos 2018]
Weekly Shonen Jump edisi #38 mengesahkan bab terakhir manga Gintama ialah pada edisi 15 September 2018.
Gintama merupakan salah satu siri manga paling popular di Jepun, dengan jualan melebihi 50 juta jilid sejak tahun 2004. Siri tersebut diminati ramai kerana penceritaan aksi dan lawak parodinya, terutamanya apabila merujuk manga popular lain seperti Dragon Ball dan trend semasa.
Untuk yang tidak tahu, Gintama membawa kisah Sakata Gintoki seorang samurai muda yang hidup di Jepun pada era Edo alternatif. Dunia pada era tersebut dijajah oleh makhluk asing, Amanto yang membenci manusia. Gintoki disertai oleh rakan-rakannya Shimura Shinpachi dan Kagura di dalam pengembaraan untuk meneruskan hidup dan menentang pihak berkuasa.
Filem aksi-hidup Gintama 2 akan muncul di pawagam Jepun pada 17 Ogos 2018.