Agensi bakat Enkikaku pada hari Khamis lepas telah mengumumkan bahawa pelakon suara dan pentas Goto Tetsuo telah meninggal dunia pada 6 November jam 12:23PM akibat kanser esofagus. Beliau berumur 68 tahun.

Goto dilahirkan di wilayah Gifu pada tahun 1950. Beliau menyertai unit latihan lakonan En Engeki Kenkyūjo pada tahun 1975 dan kemudian menyertai unit utama Engeki Shūdan En pada tahun berikutnya. Sejak itu beliau telah muncul dalam berbagai-bagai produksi pentas seperti Sakura no Kuni (Negara Bunga Sakura). Beliau juga berlakon dalam filem aksi hidup Taiyō wa Nakanai (Matahari Tidak Menangis).

Antara watak dilakon suara oleh Goto adalah Hannyabal dalam One Piece, Dare Kochak dalam Sōkō Kihei VOTOMS Pailsen Files (Pengawal Berperisai VOTOMS Fail-Fail Pailsen), Gowasu dalam Dragon Ball Super, Arvind Ravy dalam Planetes, Derflinger dalam Zero no Tsukaima (Makhluk Belaan Zero), Dr. Sonoida dalam Kodai Ōja Kyōryū Kingu (Pemerintah Kuno Raja Dinosaur), dan Mifune Tetsuo dalam Seikai Suru Kado (Jawapan Benar Kado). Beliau juga melakon suara yōkai Otoroshi dalam siri aksi hidup tokusatsu Shuriken Sentai Ninninger.

Rakan sekerja beliau dalam siri One Piece dan Dragon Ball, Chiba Shigeru telah pos di Twitter pada hari Khamis yang beliau baru ketahui tentang pemergian Goto. Chiba tambah bahawa beliau tidak dapat melupakan pendekatan Goto yang bersungguh-sungguh apabila dalam studio rakaman, dan mendoakan roh Goto akan aman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here