Siri manga atas talian yang popular, Kengan Ashura diumumkan akan tiba dengan babak cerita baharu pada awal 2019. Pengumuman tersebut disampaikan oleh MangaOne, platform aplikasi manga keluaran Shogakukan pada Khamis lalu.

Di samping itu, manga Kengan Ashura sebelum telah ini memenangi undian peminat untuk diadaptasi kepada format siri anime. Maka baru-baru ini diumumkan siri animenya juga bakal ditayangkan awal tahun hadapan.

Siri anime Kengan Ashura dihasilkan oleh LARX ENTERTAINMENT, dan akan menemui peminat di Jepun melalui siaran TV, manakala di negara-negara lain melalui Netfilx. Klip video teaser animenya boleh ditonton di bawah:

Kengan Ashura yang dihasilkan oleh penulis Yabako Sandrovich dan dilukis oleh Daromeon memaparkan pertandingan seni bela diri haram yang dipanggil Kengan. Ia disertai oleh pelawan-pelawan yang ditaja oleh syarikat-syarikat untuk menyelesaikan perbalahan sesama mereka. Siri tersebut memfokuskan kepada watak Tokita Ohma, seorang pakar seni bela diri yang mewakili Kumpulan Nogi. Ohma diberi gelaran Ashura kerana sifatnya gaya berlawannya yang agresif serta tubuhnya yang tegap berotot.

Siri manganya mula diterbitkan di majalah digital Ura! Sunday melalui aplikasi MangaOne pada April 2012 dan sudah terkumpul kepada 26 jilid. Siri utama Kengan Ashura telah tamat pada 9 Ogos yang lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here