Beberapa bulan yang lalu Adidas mengumumkan kolaborasi bersama siri popular Dragon Ball untuk menghasilkan kasut sneakers edisi khas. Terkini, mereka mengeluarkan tarikh penjualan setiap rekaan kasut-kasut tersebut, iaitu bermula September ini hingga Disember 2018 nanti.
Setakat ini hanya edisi “Goku” dan “Frieza” mempunyai tarikh spesifik penjualan mereka.
Setiap bulan, dua rekaan akan dikeluarkan dan mengikut kisah Dragon Ball Z yang berlainan. Berikut ialah info model kasut, harga dan tarikh yang sudah diumumkan:
Frieza Saga:
- Goku – Adidas ZX 500 RM ($170, 29 September 2018)
- Frieza – Adidas Yung 1 ($150, 29 September 2018)
Cell Saga:
- Son Gohan – Adidas Deerupt (Oktober)
- Cell – Adidas Prophere (Oktober)
Majin Buu Saga:
- Vegeta – Adidas Ultra Tech (November)
- Majin Buu – Adidas Kamanda (November)
Shenron & Super Shenron – Adidas EQT Support Mid ADV Primeknit (Disember)
Dope detail with adidas Dragon Ball Z boxes. Manga fans will love this pic.twitter.com/izPq8vxPyj
— Sneaker News (@SneakerNews) September 12, 2018
Kenapa peminat Dragon Ball Z mesti kumpul sneakers edisi khas ini?
Kasut-kasut Adidas X Dradon Ball Z ini akan datang dengan kotak khas yang bersiri, di mana bahagian sisi kotak-kotak itu akan menjadi satu gambar besar apabila disusun bersama. Seperti gambar di bahagian sisi jilid manganya. Manakala kertas pembalut kasutnya pula mempunyai memaparkan lukisan khas mewakili setiap saga.