Novel Jūni-nin no Shinitai Kodomo-tachi (12 Kanak-Kanak Yang Mahu Mati) yang telah diadaptasi kepada manga bakal keluar sebagai filem aksi hidup pada Januari 2019. Pengumuman itu dibuat oleh Warner Bros. Japan pada bulan September lalu. Mereka juga telah mengeluarkan video teaser di saluran YouTube mereka:
Proses penggambaran filem tersebut sudah berlalu pada Julai hingga Ogos yang lalu, dan sedang di dalam fasa pasca produksi. Filem tersebut mengambil Tsutsumi Yukihiko (20th Century Boys, Beck, Ikebukuro West Gate Park) sebagai pengarah, dan Kuramochi Yutaka sebagai penulis skrip.
Jūni-nin no Shinitai Kodomo-tachi mengisahkan 12 orang anak remaja yang pergi ke sebuah hospital terabai untuk membunuh diri. Di situ mereka ditempatkan di dalam sebuah bilik yang terdapat mayat seorang budak lelaki. Tiada siapa pun antara mereka kenal budak lelaki tersebut.
Novel tersebut mula diterbitkan pada tahun 2016 dan telah tercalon untuk Anugerah Naoki pada tahun yang sama.
Manakala siri manga yang diadaptasi oleh mangaka Kumakura Takatoshi daripada novel tersebut akan tamat pada bulan November hadapan. Manga tersebut mula diterbitkan sejak Julai 2017 di dalam majalah Good! Afternoon terbitan Kodansha.