Bagi para peminat siri anime Psycho-Pass, ini sudah tentu satu berita gembira. Francais tersebut bakal membawa bukan 1, tetapi 3 buah filem anime pada tahun 2019, bermula bulan Januari sehingga Mac. Keseluruhan trilogi filem dinamakan Psycho-Pass Sinners of the System, atau Psycho-Pass SS.

Walaupun telah diumumkan sejak beberapa bulan yang lalu, namun sehingga kini belum ada sebarang maklumat tentang jalan cerita yang bakal mengambil tempat di dalam filem-filem itu nanti. Apa yang diketahui ialah ketiga-tiga filem bakal memfokuskan kepada watak-watak berlainan.

Filem pertama Psycho-Pass SS, Tsumi to Bachi (Jenayah dan Pembalasan) bakal ditayangkan pada 25 Januari 2019. Fokus filem ini ialah watak-watak Ginoza Nobuchika dan Shimotsuki Mika. Masing-masing disuarakan oleh Nojima Kenji dan Sakura Ayane.

Psycho-Pass SS Case.2 First Guardian pula akan memfokuskan watak Sugo Teppei yang disuarakan oleh Touchi Hiroki dan Masaoka Tomomi yang disuarakan oleh Arimoto Kinryuu. Filem ini akan ditayangkan pada 15 Februari 2019.

Pada 8 Mac 2019 pula, filem ketiga yang berjudul Onshū no Kanata ni ____ (Di Sebalik Alam Ini Ialah ___) akan ditayangkan. Watak yang difokuskan untuk filem ketiga ialah Kogami Shinya (oleh Seki Tomokazu) dan Tenjin Wangchuck (oleh Morohoshi Sumire).

Francais Psycho-Pass setakat ini telah menghasilkan 2 musim siri anime pada tahun 2012 dan 2014. Masing-masing sebanyak 22 dan 11 episod. Seterusnya sebuah filem anime juga telah diterbitkan pada tahun 2015. Ia juga sudah diadaptasi kepada manga dan permainan video, Psycho-Pass: Mandatory Happiness.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here