Bandai Namco Entertainment dilaporkan sedang membina permainan telefon pintar baru berdasarkan manga shounen popular, Hunter X Hunter. Permainan tersebut dinamakan Hunter X Hunter: Greed Adventure, dan akan tersedia untuk dimuat turun pada hujung tahun ini, untuk platform Android dan iOS. Permainan aksi 3D role-play tersebut boleh dimain secara percuma, dengan fungsi pembelian dalam permainan.

Permainan Greed Adventure ini bakal memperkenal cerita baharu dan juga cerita daripada manga asal. Pasukan pembikin anime Hunter X Hunter juga terlibat di dalam pembinaan dunia dan watak permainan tersebut.

Greed Adventure ini kononnya berlaku selepas kisah “Greed Island”, di mana Gon dan rakan-rakannya berjaya menghabiskan permainan itu dan selepas perubahan pimpinan Persatuan Pemburu. Permainan ini mengambil tempat di dalam versi baharu iaitu Greed Island 2 (G.I.2) yang dibina semula untuk melatih para Pemburu.

Di dalam permainan ini, Gon dan Killua akan disertai oleh watak khas permainan ini, iaitu Sofika, seorang gadis misteri yang ada kaitan dengan pembina “G.I.2”.

Greed Adventure

Pertempuran akan berasaskan skrin sentuhan dan pemain boleh memanggil watak-watak lain daripada siri Hunter X Hunter dan menggunakan “skill card”. Pendaftaran awal sudah dibuka sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here