Tidak lama selepas perginya lagenda komik Stan Lee, kini seorang lagi pencipta karya popular meninggal dunia. Stephen Hillenburg, pencipta siri Nickelodeon, SpongeBob SquarePants telah menghembuskan nafas terakhirnya kelmarin. Punca kematiannya ialah ALS, sejenis penyakit motor neuron, yang telah dihidapinya sejak awal tahun 2017. Mendiang berumur 57 semasa meninggal dunia.

Hiilenberg merupakan lulusan Humboldt State University pada tahun 1984 dengan ijazah sarjana muda di dalam Perancangan Sumber dan Tafsiran Sumber Asli, dengan penekanan kepada sumber-sumber laut. Dia kemudian menjadi guru biologi marin di Orange County Marine Institute (kini Ocean Institute) di Dana Point, California.

Kecenderungan beliau dan keupayaan artistiknya membuat Hillenburg menghasilkan lukisan dan cerita dengan watak-watak berasaskan hidupan laut yang kemudiannya menjadi penghuni Bikini Bottom, di dalam dunia SpongeBob SquarePants.

Beliau memulakan kerjaya animasinya pada tahun 1987, melalui program ijazah dalam Animasi Eksperimental di California Institute of Arts di Valencia dan mendapat Master of Fine Arts pada tahun 1992.

Pada tahun yang sama, beliau memenangi anugerah untuk Konsep Animasi Terbaik di Ottawa International Animation Festival untuk animasi pendeknya, “Wormholes“. Dari tahun 1993 hingga 1996, dia akan meneruskan kerjaya di televisyen sebagai pengarah dan penulis dalam siri “Life Modern Rocko” di Nickelodeon.

Pencipta SpongeBob SquarePants Meninggal Dunia Kelmarin

Dari situ, Hillenburg mula bekerja sepenuh masa dalam penulisan, pembikinan, dan pengarahan siri animasi yang akhirnya menjadi SpongeBob SquarePants. Episod pertama disiarkan pada Nickelodeon pada 1 Mei 1999 dan siri tersebut dimulakan sepenuhnya pada 17 Julai tahun itu.

Siri ini telah memenangi Anugerah Emmy, Anugerah Annie, dan Anugerah ASACP dan telah dialih bahsa atau diterjemah kepada lebih daripada 60 bahasa, termasuk Bahasa Melayu.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here