Anime popular Hataraku Saibō (Sel-sel sedang bekerja!) diumumkan bakal menerima episod istimewa pada 26 Disember 2018. Pengumuman tersebut dibuat semasa festival Hataraku Saiten, bersama pengumuman aplikasi permainan yang juga berasaskan siri berkenaan.

Episod istimewa itu bertajuk Kaze Shōkōgun yang mengisahkan bagaimana tubuh melawan selesema. Menurut pekerja yang terlibat:

Sebuah sel misteri muncul di hadapan sel biasa yang sedang kebosanan. Ia mengajak sel biasa tersebut untuk melakukan onar menentang sel darah putih dan sel pembunuh T. Apakah sebenarnya sel misteri tersebut?

Aplikasi permainan yang dinamakan Itsudemo Hataraku Saibō akan mula ersedia untuk platform iOS dan Android pada tarikh yang sama. Pra pendaftaran pemain telah dimulakan semasa festival tersebut.

Siri utama Hataraku Saibō telah disiarkan pada Julai sehingga September yang lalu. Ia menceritakan kehidupan seharian sel-sel di dalam badan manusia yang bekerja untuk mengekalkan kesihatan dan menentang penyakit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here