Perasaan suram setelah menonton filem Shingeki no Kyojin belum sempat reda, kini tiba berita bahawa Hollywood pula akan mengadaptasikan siri manga dan anime popular itu ke layar perak.
Mengikut Hollywood Reporter, filem itu akan diterajui oleh pengarah filem IT, Andy Muschietti untuk Warner Bros. David Heyman, Masi Oka, dan Barbara Muschietti turut menyertai sebagai penerbit.
Setakat ini, kedua-dua adaptasi aksi hidup Shingeki no Kyojin terbitan industri Jepun mendapat ulasan yang kurang memuaskan. Kita tunggu dan lihat bersama sama ada versi Hollywood ini akan berjaya.