Karya aksi perang popular oleh Hara Yasuhisa, Kingdom yang telah diadaptasi kepada siri anime bakal dibawa pula ke pentas layar perak. Klip pandang pertamanya telah dimuat naik ke laman YouTube, dan boleh ditonton di bawah:
Siri Kingdom menceritakan kisah seorang pemuda yatim piatu, Xin yang hidup di zaman peperangan di China. Dalam menunaikan janji kepada sahabat karibnya untuk menjadi jeneral tentera paling kuat, Xin menewaskan satu persatu tentera negeri musuh sehingga menyatukan tanah besar China.
Pengarah yang baru-baru ini semakin meningkat reputasinya, Sato Shinsuke (filem Gantz dan Bleach) diambil menjadi pengarah filem aksi hidup Kingdom ini. Watak utama Xin, dilakonkan oleh Yamazaki Kento. Turut membintangi filem ini ialah Yoshizawa Ryo, Nagawasa Masami dan Hashimoto Kanna.
Filem aksi hidup Kingdom bakal ditayangkan di pawagam-pawagam di Jepun pada April 2019.