Manga karya Tanabe Gou, Kyōki no Sanmyaku ni te (Di Banjaran Gunung Kegilaan) akan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan bertajuk H.P. Lovecraft’s At the Mountains of Madness. Perkara ini diumumkan di New York Comic Con Sabtu lalu oleh penerbitnya, Dark Horse.

Kyōki no Sanmyaku ni te telah dicalonkan untuk Anugerah Budaya Tezuka Osamu ke-22 pada bulan Februari. Manga berjilid empat ini diterbitkan Kadokawa antara Oktober 2016 dan Disember 2017.

Manga genre seram ini adalah adaptasi karya H.P. Lovecraft yang dikeluarkan pada tahun 1936. Dr William Dyer menyertai ekspidisi ke Antartika yang berjumpa dengan artifak aneh dan bandar purba dalam galian mereka. Setelah bertentang maut, mereka menyedari bahawa aktiviti mereka telah mengejutkan sebuah entiti purba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here