Filem anime yang diadaptasi daripada permainan video, Monster Strike bakal muncul di pawagam Jepun pada 5 Oktober 2018. Ia dibikin dalam bentuk animasi 3D dan menggunakan teknik cell-shading untuk rupa iras animasi 2D. Saksikan video trelernya di bawah:

Ini adalah filem kedua francais Monster Strike, namun jalan cerita kedua-dua filem tersebut tidak berkaitan.  Monster Strike The Movie: Sora no Kanata akan menceritakan jalan cerita asli di mana kononnya pada 13 tahun yang lalu, sebahagian muka bumi Tokyo pecah dan mula terapung ke langit. Bahagian yang terapung itu dipanggil “Tokyo Lama” manakala bahagian yang tinggal dipanggil “Tokyo Baharu”.

Bertahun- tahun kemudian, Tokyo Lama bakal jatuh kembali ke bumi dan boleh menyebabkan bencana yang besar. Watak utama, Kanata disertai oleh Sora, Toya dan Yuna mencari jalan menyelamatkan penduduk kedua-dua Tokyo Lama dan Tokyo Baharu.

Filem ini diarahkan oleh Nishikiori Hiroshi (To Aru Majutsu Index) di studio 3D Orange dan syarikat yang menghasilkannya ialah XFlag. Warner Brothers pula memegang hak sebagai pengedar.

Barisan pelakon yang terlibat pula termasuklah Kubota Masataka sebagai Kanata, Hirose Alice sebagai Sora, Hosoya Yoshimasa sebagai Toya dan Yuki Aoi sebagai Yuna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here