Setelah baru sahaja disambung penerbitannya daripada penangguhan selama 7 minggu, siri manga Detective Conan akan ditangguh lagi selama 9 minggu. Pengumuman tersebut dibuat di dalam edisi ke-43 2018, majalah Weekly Shonen Sunday, terbitan Shogakukan. Ini bermakna, manga tersebut tidak akan diterbitkan bermula edisi ke-44 sehingga edisi ke-52.

Mangaka Detective Conan, Aoyama Gosho sememangnya kerap membuat penangguhan bagi menjalankan kajian dan penyelidikan untuk manganya. Beliau juga biasa mengambil cuti untuk merehatkan fizikal dan mentalnya.

Untuk yang tidak mengetahui, siri manga Detective Conan telah diterbitkan secara mingguan sejak tahun 1994, dan merupakan salah satu manga bergenre shonen yang paling lama penerbitannya. Ia mengisahkan seorang detektif remaja, Kudo Shinichi yang mengecil menjadi kanak-kanak akibat diracun bahan kimia. Untuk mencari sindiket penjenayah yang bertanggungjawab, Shinichi menyamar sebagai Edogawa Conan dan membuat penyiasatan sendiri sambil membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang lain.

Semoga selepas cuti kali ini, Aoyama Gosho dapat menyambung kisah Detective Conan dan menjawab persoalan ramai peminat: “Bilakah Conan akan berjaya menangkap sindiket jenayah itu dan kembali menjadi Shinichi yang remaja?”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here