Pada bulan Februari yang lalu, mangaka terkenal Murata Yuusuke (One-punch Man, Eyeshield 21) mengumumkan manga Back to the Future sedang dalam penghasilan. Turut serta di dalam projek tersebut sebagai penyelia ialah Bob Gale, penulis skrin filem asal Back to the Future, dan akan disirikan di laman web manga Kono Manga ga Sugoi!.
Antara rancangan awalnya ialah manga tersebut akan menemui peminat di dalam jilid pertama pada bulan April lalu. Namun nampaknya hanya tinggal harapan, kerana produksi manga tersebut telah dibatalkan.
Menurut penerbit, Kono Manga ga Sugoi!, mereka mendapat kesukaran dalam sudut perlesenan daripada karya filem asal tersebut. Mereka akhirnya mengalah dan membatalkan projek manga Back to the Future itu.
Walaubagaimanapun, Murata Yuusuke telah mengongsikan lukisan draf manga itu kepada peminat sebagai penawar duka:
以前発表しました僕が作画を担当するBTTFのコミカライズについてご報告です。
編集部の方々には八方手を尽くして頂きましたがそれでも尚、作中に数多く登場する著作物の権利の交通整理がつかず、現在企画が中断してしまっている状態です。楽しみにされていた方々には申し訳ございません。 pic.twitter.com/uAGUuVJnUR— 村田雄介 (@NEBU_KURO) September 16, 2018
BTTF未完成原稿一部 pic.twitter.com/eHRMgDwd3d
— 村田雄介 (@NEBU_KURO) September 16, 2018
Mungkin hikmah disebalik pembatalan ini, Murata Yuusuke boleh memberikan lebih tumpuan dalam penghasilan manga One-punch Man. Apa pendapat anda?