Filem anime Boku no Hero Academia: Futari no Hero, sudah ditayangkan di pawagam-pawagam Jepun bermula 3 Ogos yang lalu, dan mencatatkan jualan yang sangat memberangsangkan.
Manakala tayangan di Amerika Syarikat bermula pada bulan September ini, namun begitu, sebelum ini kami tidak ada maklumat pasti berkenaan tarikh untuk tayangan di pawagam Malaysia. Kini kami bawa berita gembira untuk peminat anime Boku no Hero di Malaysia.
Lebih tepat lagi, kami bawakan berita gembira daripada GSC (Golden Screen Cinemas), salah satu rangkaian panggung wayang terbesar di Malaysia. Mereka baru sahaja mengeluarkan treler filem anime tersebut dengan sarikata berbahasa Inggeris di saluran YouTube mereka. Saksikan klip di bawah:
4 Oktober 2018.
Itulah tarikh rasmi untuk tayangan filem anime Boku no Hero Academia: Futari no Hero di pawagam-pawagam GSC. Pastinya ramai seperti kami yang tidak sabar untuk menyaksikannya seawal mungkin.
[Kemas kini 9 Sep 2018: Tarikh tayangan Fan Screening ialah 29 September 2018]
Selepas menonton nanti, hantarkan komen dan ulasan anda mengenai filem tersebut di ruang komen Updated.my atau di page Facebook kami. PLUS ULTRA!