Stuido anime drop bersedia mengisytihar status muflis, menurut agensi laporan kredit Tokyo Shoko Research.

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama studio tersebut. Ini kerana studio drop merupakan studio anime sokongan yang melakukan kerja-kerja perincian seperti pengwarnaan, “in-between” dan“key animation”, yang menjadikan animasi lebih lancar. Mereka juga terlibat dengan penghasilan animasi iklan, CG, rekaan laman web dan pelbagai lagi.

Studio drop terlibat dalam beberapa anime terkenal seperti JoJo’s Bizarre Adventure: Stardust Crusaders (2nd key, finish dan in-between), Gurren Lagann (2nd key, finish dan in-between) dan Ao no Exorcist (2nd key, in-between & pengwarnaan). Antara hasil kerja mereka terbaru ialah Glamorous Heroes dan Clione no Akari pada tahun 2017.

jojo's bizarre adventure

Semenjak itu, jualan dan pendapatan studio drop menurun. Beberapa studio sokongan lain seperti drop juga mengalami nasib yang sama baru-baru ini walaupun industri anime secara keseluruhannya berkembang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here