Filem anime terbaharu di dalam francais Gundam iaitu Mobile Suit Gundam Narrative (Kidō Senshi Gundam NT) akan ditayangkan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, dan Brunei. Pengumuman itu dibuat oleh pengedar anime Asia Tenggara, Odex di laman Facebook mereka.

Gundam NT akan mula ditayangkan di Jepun pada 30 November 2018.

Anime terbaharu ini dihasilkan oleh studio Sunrise dan pengarah utamanya ialah Yoshizawa Shunichi (sebelum ini mengarahkan Mobile Suit Gundam Thunderbolt dan Gundam: Reconguista in G). Skrip oleh Fukui Harutoshi manakala rekaan watak pula oleh Takahashi Kumiko.

Cerita Gundam NT akan mengambil tempat di dalam garis masa Mobile Suits Gundam yang asal dan Mobile Suit Gundam Unicorn. Kejadian filem ini berlaku pada tahun U.C. 0097, setahun selepas kejadian “Laplace’s Box”. Slogan untuk projek ini ialah “Destinasi Seterusnya untuk Legenda Newtype”.

Filem tersebut juga merupakan sebahagian daripada projek “UC NexT 0100 Projects” yang akan memperkembang garis masa UC. Projek-projek akan datang termasuk permainan telefon pintar, manga dan novel.

Walaubagaimanapun, setakat ini, tarikh tayangan di Malaysia masih belum ditetapkan. Teruskan mengikuti Updated.my untuk perkembangan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here