Siri manga Mahjong Hadō Densetsu Tenpai Gaiden (Tenpai Gaiden) telah diadaptasi menjadi 2 buah filem aksi hidup dan akan ditayangkan di pawagam-pawagam Jepun pada 18 November hadapan. Filem yang diadaptasi daripada karya Kuga Tomoshi dan Minegishi Shinmei itu kemudian akan diedar dalam bentuk DVD pada Januari 2019.
Pelakon Matsuda Kenji (Kamen Rider Hibiki & Kiva) membintangi sebagai watak utama untuk kedua-dua filem tersebut, manakala Onuma Yuuichi pula pengarahnya.
Watak utamanya, Kurosawa Yoshiaki yang digelar “tukang seni Mahjong” merupakan watak yang berasal daripada siri manga Mahjong Hadō Densetsu Tenpai (Tenpai, tiada “Gaiden”). Siri manga Tentai Gaiden ialah siri spin-off daripada Tenpai, dan menceritakan pertemuan awal Yoshiaki dengan watak utama siri asal itu, Okimoto Shun.
Walaupun namanya yang panjang dan mengelirukan, premis kedua-dua filem Tenpai Gaiden ini nampak menarik.
Ikuti kami di Updated.my dan saluran media sosial kami untuk sebarang info lanjut filem ini dan industri manga / anime secara amnya.