Adam Burke, juruanimasi yang dikenali dengan hasil kerjanya bersama Pixar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Ahad lalu (Isnin pagi waktu Malaysia). Mendiang sebelum ini bergelut dengan penyakit tersebut selama 10 bulan dan meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak lelaki.

Berita kematiannya disampaikan oleh pengarah filem di Pixar, Brad Bird melalui Twitter. “Mendiang adalah seorang yang hebat dan berbakat, sentiasa bersemangat, bermurah hati” tulis Bird di dalam tweet tersebut. Adam Burke pernah bekerja dalam keempat-empat filem Pixar yang diarahkan oleh Brad Bird.

Adam Burke merupakan salah seorang juruanimasi veteran di Pixar. Sejak menyertai Pixar pada tahun 2003, mendiang terlibat di dalam banyak produksi animasi yang besar. Bermula dengan The Incredibles, seterusnya Cars, Ratatouille, Wall-E, Up, Toy Story 3, Cars 2, Monster University dan terkini Incredibles 2.

Sebelum Pixar, Adam Burke menghadiri kolej seni CalArts, namun berhenti separuh jalan apabila mendapat peluang bekerja bersama Don Bluth untuk menghasilkan filem Thumbelina. Lain-lain produksi yang mendiang terlibat antaranya ialah The Swan Princess, Space Jam, The Iron Giant dan The Road to El Dorado.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here