Pencipta siri Boku no Hero Academia, Kōhei Horikoshi, baru-baru ini mengumumkan filem anime Futari no Hero (Two Heroes) telah berjaya menual lebih daripada 1 juta tiket di Jepun. Beliau kongsikan berita tersebut dengan lukisan yang dimuat naik di laman Twitter beliau. Lukisan itu menunjukkan watak utama, Deku (Midoriya Izuku) dan watak filem itu, Melissa Shield bersorak kegembiraan.
映画100万人突破!正直最初に特典100万部刷ると聞いたときは刷りすぎでしょと戦々恐々でした…まさか突破するとは。今激烈にホッとしています!観てくださった方、観る予定の方、東宝さん、ボンズさんありがとうございます! pic.twitter.com/33kV3dCijt
— 堀越耕平 (@horikoshiko) August 20, 2018
Filem anime tersebut memulakan tayangan di Jepun pada 3 Ogos 2018 yang lalu, dan mencatat jualan melebihi 500 juta yen (~RM 16 juta) pada 3 hari pertama tayangannya.
Menurut sumber, Funimation bakal menayangkan filem tersebut di Amerika Syarikat pada hujung September 2018. Malangnya belum ada tarikh yang sahih lagi untuk tayangan di pawagam Malaysia, juga samada akan ditayangkan ataupun tidak. Kami akan laporkan sekiranya ada maklumat baharu, jadi terus ikuti perkembangan di Updated.my.
Sementara itu, mari tonton treler filem anime Boku no Hero Academia: Futari no Hero di bawah: