Sebelum ini, Sorachi Hideaki, mangaka siri Gintama dikatakan akan menamatkan siri tersebut di dalam majalah Weekly Shonen Jump edisi 15 September yang lalu. Namun begitu beliau baru-baru ini memberitahu melalui nota kepada peminat, siri tersebut masih diteruskan dan akan disambung di majalah Jump Giga.

Menurutnya, di majalah Jump, pengkarya perlu memberitahu jabatan editorial untuk penamatan siri 6 bulan lebih awal. Dan semua jalan cerita perlu dirumuskan pada tarikh yang ditetapkan itu. Namun Sorachi tersalah langkah dan tidak dapat menghabiskan penceritaannya dengan cepat.

Sorachi lebih suka sekiranya siri Gintama diterbit sehingga penamatnya di majalah Jump, namun terpaksa akur dan memohon maaf kepada peminat.

Justeru beliau akan menyambung siri manga Gintama melalui majalah Jump Giga yang membenarkan lebih banyak muka surat diterbitkan. Dengan itu, Sorachi boleh mendapat ruang secukupnya untuk menamatkan kisah terakhir siri tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here