Hanya beberapa hari selepas pemergian pelakon suara anime, Ishizuka Unshō, industri manga/anime menerima berita sedih kerana mangaka terkenal, Momoko Sakura pula meniggal dunia.

Beliau yang terkenal dengan manga Chibi Maruko-chan, yang kemudiannya diadaptasi kepada anime, menghembuskan nafas terakhir pada 15 Ogos 2018, akibat kanser payudara. Mendiang berumur 53 tahun.

Siri Chibi Maruko-chan yang berasaskan kepada zaman kanak-kanak Sakura sendiri, diterbitkan dalam bentuk manga dari tahun 1986 sehingga 1996. Manakala versi animenya ditayangkan pada tahun 1990 hingga 1992kemudian disambung semula pada tahun 1995 sehingga ke hari ini.

Menurut syarikat produksi anime tersebut, mereka bercadang untuk meneruskan perjalanan siri anime itu buat masa ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here