Walaupun filem Death Note mereka menerima kritikan daripada peminat, Netfilx mengumumkan bahawa mereka bakal menerbitkan sambungan filem tersebut.

Siri terkenal Death Note, yang mula-mula diterbitkan sebagai manga, kemudian dalam bentuk anime, telahpun diadaptasi kepada beberapa filem aksi-hidup dan juga siri drama televisyen. Jadi, apabila Netflix mengumumkan penghasilan filem aksi-hidup Death Note versi bahasa Inggeris, ramai peminat menyatakan keraguan.

Hasilnya, filem yang dihasilkan mereka hanya menerima penilaian sederhana daripada pengkritik, dan cemuhan daripada peminat siri Death Note.

Namun begitu, Ketua Pegawai Kandungan Netflix, Ted Sarandos berkata kepada Hollywood Reporter bahawa filem tersebut mencapai kejayaan yang baik. Dan mereka telah mengambil Greg Russo sebagai penulis untuk filem sekuel tersebut.

Buat masa ini, tarikh tayangan dan pengarah filem sekuel tersebut masih belum ditetapkan. Teruskan mengikuti Updated.my untuk perkembangan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here