Terma Penggunaan
Dengan melayari Updated.my, iaitu milik Updated Online Magazine (“Kami”, “Laman web ini”), anda (“Pengguna”) bersetuju untuk mematuhi terma-terma yang tertulis di bawah. Penggunaan Updated.my menandakan anda telah membaca dan memahami Polisi Peribadi kami dan bersetuju untuk mematuhi Terma Penggunaan dan akan tertakluk kepada polisi tersebut.
Polisi Peribadi
Updated.my tidak berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga. Kami juga tidak menyimpan maklumat tentang lawatan anda melainkan maklumat yang dikumpulkan oleh server kami secara otomatik. Maklumat seperti IP address, jenis pelayar, dan maklumat cookie ini digunakan untuk mengukur prestasi website ini. Anda bersetuju untuk membenarkan Updated.my menyimpan dan menggunakan cookies sekiranya fungsi tersebut aktif dalam pelayar anda. Anda boleh menyahaktifkan penggunaan cookies ini dengan mengubah tetapan pelayar internet anda.
Penggunaan Maklumat
Pembacaan dan penggunaan mana-mana maklumat dari website ini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko berlaku sebarang kemalangan, kerugian atau kerosakan semasa pihak anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari website ini adalah atas tanggungan anda sendiri.
Kami sentiasa cuba memastikan ketepatan maklumat yang terkandung dalam laman web ini, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas penerbitan semula kandungan yang terdapat di Updated.my ke laman web atau media lain tanpa kebenaran.
Laman webini mungkin menghantar iklan atau tajaan. Ketepatan maklumat yang terkandung dalam iklan atau tajaan adalah atas tanggungjawab pengiklan dan penaja tersebut. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau masalah dalam bahan iklan atau tajaan.
Pihak anda bersetuju untuk bertanggungjawab atas apa-apa akibat yang berpunca daripada anda menggunakan website ini dan kandungan ciptaan anda dan pihak kami berhak menyunting atau memadam konten ciptaan anda yang termasuk:
- komen menyakitkan yang berkaitan dengan perkauman, kenegaraan, keagamaan, seksualiti, jantina, atau kecacatan;
- komen tidak senonoh, pornografik, seksual, atau penggunaan bahasa kesat;
- komen yang menyerang, menyakiti, atau mengganggu individu atau organisasi;
- pendedahan maklumat peribadi seseorang;
- penyamaran sebagai orang lain;
- komen yang tidak difahami, salah ejaan, atau tidak tepat.
Kami tidak menyokong mana-mana kandungan ciptaan anda dan kami menafikan apa-apa tanggungjawab yang berkaitan dengan kandungan ciptaan anda.
Updated.my juga berhak untuk melarang pengguna yang melanggar terma penggunaan.
Hak Cipta
Semua kandungan editorial, grafik, dan hasil multimedia di website ini dilindungi oleh undang-undang hakcipta dan undang-undang lain dan perjanjian antarabangsa, dan adalah milik Updated Online Magazine dan pembekalnya. Hasil, logo, grafik, bunyi atau imej tidak boleh disalin, dibuat semula, ditiru sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, kecuali dibenarkan dengan jelas oleh Updated Online Magazine.
Pihak kami berusaha untuk menghormati hak cipta dan hak cipta orang lain, termasuk penggunaan imej, video, audio, artikel atau bahan-bahan lain. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan tentang perkara ini, sila hubungi kami di [email protected].
Kemaskini Terkini
Terma Penggunaan ini ditulis dan sah pada 24 Oktober 2018, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.